Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Dunia Kami di Form6 ♥

Hah! masuk blog aku nak tau lah tu...hehehehe
Ape-ape pown thanks sebab sudi nen0-nen0 kat blog aku ni hah...
Disebabkan korang ni excited nak nen0-nen0 lagi, amek ni, nahhh......
`aikkkkk kelas kau cah! siap bagi bunga gitu.` hikhikhik...

ok...ok... kita teruskan citerr yeerrrr. Ehm... ekshely kalau tengok kat tittle aku dah semestinyalah  aku nak cterrr pasal zaman main pond0k-p0ndok aku kat form6 dulukan. (Kau hader???hehehehe)
So, kat sini aku bukan nyer nak cter nen0-nen0 naik ambulans ni...
tapi nak cterr kisah kami yang tak berapa nak kisah ni.

Sebelum tu mestilah nak tayang her0 and her0innya dulukan.
mana tau ada yang berkenan di kaki hati ley shala...! DIORANG ni hahahaha.

vough! kan masing-masing...

haaa... tu lum tengok pangai lagi haram jadahnya. hahahaha
Untuk pengetahuan korang semualahkan kami  ni dikenali sebagai kelas PRA U A2 dan kelas yang paling famous dipertontonkan sebagai kelas paling banyak gosip! Bukan we all yang bergosip tapi digosipkan oleh warga sekolah yerrrrr...
Nak kata famous sebab kita orang ni pelajar harapan sekolah tak mungkinlahkan tapi sebab jeennnngg! jeennnngg! jeennnngg! jerrr citernyeeee ...

Ekshely kita orang nie ada pendapat tersendiri tu sebab pendapat kita orang ni selalu bercanggah dengan kehendak sekolah. So, tak bley nak wat ape lah kan kalau hari-hari kita orang ni merungut itu ini.
Dengan segala dukacitanya yang jadi mangsa keadaan ialah Mama Zack (identiti dirahsiakan) we all. Mama lah sangat! hahahaha... Mama sorry k, anak-anak mama nakal sampai mama fed up. Mama hari-hari masuk kelas hari-hari jugak mama berleter tapi kita orang ni macam pekak jerrrr kan. Tak pelah we all pun suka mama berleter sebab tak payah blajar. hahahahah
Siapa Mama Zack? 
Mama Zack ni guru kelas kita orang tapi kita orang dah anggap dia macam mak tiri kita orang. hahahahaha
Tapi ape-ape pown kita orang tetap bagi speck(respect) kat dia. Yelah kan tak baik berkasar dengan orang tua ni.

ok... masalah utama kita orang adalah kedatangan yang tak pernah wat Mama Zack ni tersenyum sampai ke telinga. Hari-hari ada jerrr yang tak hadir. Kalau datang pown kita orang lebih minat tidur dari dengar pak cik mak cik ni semua membebel kowt tapi yang paling kita orang tak berapa nak gem0 pangainya mestilah t0k anjang! kalo bley sampai nak bak0 umah dia. Tapi tu dlu sebelum exam STPM berlangsung tapi sekarang tak simpan dendam dah. Bukan ape kadang-kadang tu geram jugak bila kita orang ni dah mula kene gosip itu ini. Ape yang kita orang buat mesti ada jerrr yang tak kene pada pandangan unclass yang tak terlibat ni. Ape hal ntah! huh WHATEVER lah kan.
Namun disebalik cterrr cterrr ni semua we all ni ada sesuatu perkara yang orang lain, kelas-kelas lain atau pelajar-pelajar lain tak ada atau yang pernah jadi kat korang tapi tak sehebat kami ni iaitu SEMANGAT! CINTA! dan ERTI PERSAHABATAN itu sendiri.
Kenape tiga perkara ni sangat utuh sebagai sesuatu
perkara yang penting di hati kami sebab setiap kali kami diperlekehkan oleh anasir-anasir yang macam parasit ni hati kami mudah terbak0 and setiap kami akan kata "aku akan buktikan walaupun aku tak sehebat itu yang kau mahukan." Itu lah SEMANGAT kami.


CINTA pulak bukan bermaksud setiap dari kami mesti berCouple tapi cinta sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya sendiri. Walaubagaimana sekalipun kita orang berantakan sesama sendiri kita orang akan cari jalan untuk jalinkan persahabatn semula.
Nak jadikan cerita ada suatu masa kelas kami betul-betul bagai dilanda badai. Nak tahu kenapa?... kami ni bergaduh sesama sendiri hanya kerana hal kecil disampai-sampaikan dan menjadi besar citerrrnya. Apelagi mesti lah kec0h jadinyakan. Makan bulan jugaklah kita orang ni bermusuh. Disebabkan keadaan kita orang yang pecah-belah ni kita orang terpaksa adakan satu mesyuarat tergempar lagi termasyhur demi menjaga CINTA kami semua. Walaupun keadaan sangat tegang dan bertikam lidah sesama sendiri namun akhirnya berakhir dengan bermaaf-maafan sesama sendiri. Dan dalam keadaan tu jugaklah kami sedar yang kami ni memerlukan satu sama lain dan bukannya terus berpaling di antara satu sama lain.
  KENAPA GADUH?
Tak payah nak buzy bOdy sangatlahkan... tak mungkin aku nak cerita aper yang berlaku. Sebab baik buruk macam maner pown kawan-kawan aku, aku tetap sayang dan akan simpan mereka di dalam hati aku sebagai kenangan dan rahsia kami di DUNIA FORM6.

Nakal tak bermakna kita orang ni kurang ajar. Keras kepala tak bererti kita orang ego mahu memohon maaf  dan itulah yang aku iktirafkan sebagai ERTI PERSAHABATAN kepada kami yang sering khilaf sewaktu berada di dunia f0rm6 ni. "Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing" itulah ibaratnya kami. Di dalam kegembiraan berjamuan kami tersilap langkah. Tanpa sedar kami telah wujudkan salah faham didalam perkauman. Dalam KONCO-KONCO kelas kami ni ad 19orang dan semua melayu kecuali Sathiya and john yang beragama lain. Oleh sebab kami ni ada seorang jerrr classmate yang berbangsa India dan John pulak Kristian maka kami sediakan dua menu UTAMA yang berbeza atas sebab Sathiya diharamkan makan daging lembu dalam agamanya. Menunya ialah NASI LEMAK berlauk rendang daging and MEE goreng special yang di sediakan oleh Suha. Maka, majlis pun bermulalah dengan gembira pada awalnya sebab ada banyak menu yang sedap-sedap wat JENDOL yang awal-awal lagi dah mencekik setelah pelajar lelaki Miqdad, Ayep, Ais, Pete, John , Rem, Jendol, Alep and KETUA KELAS kita orang Topek bertungkus-lumus mengemas bilik makan kami.
 Tak kurang hebatnya dengan semua Diva-Diva kelas yang sibuk duk kitai lauk pauk bagi perfect. TERIMA KASIH buat Suha, Nisa, Bella, Natul, Ika, Aina, Sathiya, Fifah, Fatah dan juga aku (eCah) yang juga terlibat.
Berbalik kepada cita asal yang kami ni tersilap langkah, tengah-tengah menghidang lauk tiba-tiba kami tersalah hidang kat UNCLE kita orang iaitu Mr R...
YANG NI SAPER NAK JAWAB?... huH...!
Sebenarnya Mr R seagama dengan Sathiya yang dilarang memakan haiwan suci mereka (LEMBU).
Camner ni? kita orang dah langgar sensitifviti orang lain. Bukan nak menghina kaum mereka tapi tersilap.
Apelagi Mr R dengan maklum nyerrr pun keluar tanpa sebarang kata. Aduyai! abislah. Lepas dari tu jugaklah seminggu Mr R tak kunjung kelas we all. Maka tersebutlah kisah Dukanya Si penghuni kelas PRA U A2. Dengan titah baginda Mama Zack kami dinasihati bertemu dengan Sri Paduka Mr R untuk memohon maaf. Justeru, berkumpullah si penghuni itu tadi untuk menjayakan rombongan ke BILIK GURU bagi melunaskan agenda tersebut. Dengan bersaksikan penghuni BILIK GURU kami memohon maaf.
Perlakuan kami diketuai oleh Topek dan mengambil masa untuk menyampaikan hasrat kami.
Walaupun pada mulanya Mr R tidak boleh bertimbang rasa, akhirnya kami dimaafkan.
ehmmmm...

So, dah panjang lebar aku nen0-nen0 ni... ekshely banyal lagi cterr tapi aku malas nak ngadap lappy lama-lama.Penat tau!
Ape moral value yang korang dapat? 
Korang fikirlah sendiri yoooowwwh!!!

Then, tamatlah sudah cterr ♥DUNIA KAMI DI FORM6♥ ni.

apew-apew pown untuk my friend GUMINAVO ZOU DIAU♥♥♥ aku ucapkan!

Siapa Mr Donkey?

Mr Donkey???...
Mesti korang terfikirkan kenapa sesuka hati and sesedap rasa je aku labelkan seorang lelaki dengan Mr Donkey kenapa bukan Mr HORSE, MONKEY and bla...bla...bla... sbb bunyinya pun dah meluat (Mr Donkey) tu sebab aku gelarkan macam tu. Ekshely aku benci dengan lelaki yang aku gelarkan Mr Donkey ni. Mr Donkey adalah Lelaki yang berstatus suami ataupun duda tapi gatal tahap naga!
Situationnya sekarang ramai lelaki macam tu kat luar sana tapi aku tak kata semua lelaki Mr Donkey ok
(ingat! tak semua ok)
Sebabnya masih ada yang baik dan tidak ambil kesempatan ke atas wanita. Kebiasaannya Mr Donkey ni bergerak aktif apabila tiada tempat untuk mengadu kasih. errrr... tulis ni pun aku dah geli. Situasi si Duda dan yang berstatus suami adalah berbeza. Si duda sememangnya memerlukan wanita di sisinya tapi si suami orang ni sememangnya tak sedar diri dan persamaannya adalah sama iaitu gatal.
Ayat-ayat manis si MR.DONKEY dapat kita lihat kemeluatannya ok!

Mr Donkey yang bergelar suami:
"ala... sayang abang rindu kat sayang sangat-sangat.Kat bini abang pun abang tak rasa macam ni tau." 

Mr Donkey si duda:
"sayang abang dah lama cari peganti baru sekarang abang rasa bahagia sangat, nanti kita kawin yeaaa... abg nak jaga sayang." 

Sememangnya lelaki flirty cmnie humban je dalam gaung. Yang si suami tu tak reti nak bersyukur ker yang kamu tu dah ada isteri. Si Duda lak ada yang cuba ambil kesempatan. Klik sini Duda GataL
Huh...! Kalau dah tak tahan sangat cari lah calon wahai duda.

well! mesti korang terfikir nak tanya aku yang entry Mr Donkey ni kenapa tak libatkan yang berstatus bujang. B`coz of you bujang pun ada yang gatal jugak haperrrr.....
JAWAB AKU SENANG JErrrrrr: Duda dan suami orang ni tahap dia sama (dah rasa berbini) tapi bujang tak sama. Dia gatal macam mane pun sebab belum rasa berbini and diorang ni adalah kategori yang lain.

SOALAN: Kenape aku samakan diorang ni dengan donkey(KELDAI)?
JAWAB AKU: sebab Donkey ni nampak je mcm stupid dumb dumb tapi kalu dah berbunyi nanti kalut jadinya...
Tak Percaya g cari DonKey. Pasti menyirap dengar bunyi dia nanti.
ekkkk...! okkkk...! ekkkk...! okkk...! 

That`s way sesuailah kalau aku gelarkan mereka yang berkenaan ni Mr Donkey! 
so, jangan tanya aku lagi why ok...


DuDa MeLampau! (Mr. Donkey)

 Tengok tajuk pun dah tau aku menyampah tahap gaban! apa pasal lorrrr? Pasal si Duda tak sedar diri ni lah.
Dahlah gatal nak m****s! Gedik lagik! WHAT THE HELL! lah kau Duda.
Ekshely Aku bukannye nak hangin tak tentu pasal tapi rasa nak lempang si Duda gatal yang cuba nak ambil kesempatan! Apa-apa pun sebelum korang teruskan lagi mata korang menghadap blog aku nie (kau hader?) aku nak bagitau yang TAJUK NI BUKAN UNTUK SEMUA DUDA  di luar sana k. Hanya untuk yang berkenaan saja. Aku tahu masih ada lagi Duda yang macho! lagi terbaikkk!!! kat luar sana tu.

OK... sebelum aku start cter bismillah dulu k.
Gini cite nyerrr... Suatu hari aku jalan-jalan... bla... bla... bukan ni aku nak cite hehehehe... Camni suatu hari tu aku tengah dok relax-relax kat umah. Tup tup ada orang mesej nak kenal. PEHAL?! aku pun dengan malasnye pun jawab. Aku tanya punya tanya rupanya dia dapat nombor aku dari kawan aku si F Aku dengan tak sengajanye pun terhanginlah. Mane taknyerr dah banyak kali aku kabo jangan bagi nombor aku kat sesiapa  tapi member aku si F ni ntah ape ntah yang dia paham. Aku pun malas nak layan. Bila aku tak layan mesej si Duda, mulalah mak la`on ni call-call aku dan lagilah malas aku nak layan jadi terpaksalah aku answer call dia.Yang aku geram dalam banyak-banyak manusia kat dunia ni Duda juga yang si F bagi nombor telefon aku. Kepala hotak dia! pastu baru satu hari si Duda ni dapat nombor aku dia p bagi pulak nombor aku kat member dia si D yang berstatus bujang terlajak tiada gigi. WHAT THE HELL! lah kau tua.

huh...! marah pun tak guna. Suatu hari si Duda ni dok cterr kat aku yang dia ni berkenan kat kawan aku si F ni pada mulanya tapi si F tak nak sbb dia dah ada yang special. Sape lagi kalau tak pakwe diakan. Then, dengan kecewanye si Duda ni meluahkan perasaannya kat aku. Tapi aku pun bukan ley wat ape. One day ni, si Duda dok rayu-rayu aku ajak keluar and dia nak aku pujuk si F ikut serta. Aku dengan malas tahap gaban pun pujuklah si F ni. Finally aku dan si F ni pun setuju nak keluar.

So, hari yang terindah bagi si Duda ni nak keluar dengan we all berdua yang lagi vough! (voughlah sangatkan) ni pun tiba. Si Duda dengan gaya machonya(tak sedar diri tua) jemput kita orang berdua. Sampai jerr time jemput aku maka tunggulah si Duda kat kawasan rumah aku. Baru jer aku nak panaskan punggung kat kerusi tempat duduk belakang kereta tiba-tiba mata aku tertancap pada cermin pandu si Duda. huh! sangat menyakitkan hati aku bila mata si Duda tajam memandang seperti buaya darat! Aku dah mula rasa tak selesa. Dah lah panas 
bertambah dengan kereta yang macam reban ayam. Aku rasa macam nak rejam jer si Duda ni.
Huh! untuk pengetahuan korang kita orang keluar berempat. Aku, si F,si Duda dan si D. Dalam perjalanan tu aku dah terfikir asal jauh sangat si Duda ni ajak g makan sampai ke TANGKAK. Rupanya dia nak pergi GUNUNG LEDANG. Kejadahnya! kau orang tua. Aku tak bawa baju salin hantu. Dahlah kau tak kabo nak pergi mane. Lagi TAMBAH BARAN AKU ni.
Sampai jerr kat sana tiba-tiba...











ada lori dengan lajunya... bla... bla... hahahahahaha aku pun buka pintu kereta yang bunyinya macam engsel pintu nak tercabut. ngeeeettttttt... pehhhh bengang! 
Huh! sabo jelah yerrrrr... komen kang kata aku memilih. 
Aku pun dengan tak berapa nak bangga pun turunlah dari kereta dan melangkah naik ke GUNUNG tapi tak naik tinggi-tinggilah. Dahlah pakai baju kurung. Tak ada maknanya aku nak panjat gunung tingi-tinggi dan akhirnya kita orang pun jumpalah tempat yang strategik lagi tebaik.(elak kene matahari). Nak jaga kulit k! Bukan nak bajet Diva lah kan tapi kulit aku sensitif kalau kene matahari lebih dari setengah jam.
Ok... tengah duduk-duduk tu aku tengok si Duda ni bukan main gedik lagi ajak si F pergi main air. Yang paling bernanah aku dengar dia kata kat si F "ala... kita basah-basahlah sikitlah baru best". perhhhh! menanah-nanah telinga aku. Dah tau tak bawak baju lagi mahu mandi. Dengan sepantas air terjun yang mengalir pantas lagi si Duda menarik tangan si F. Tapi si F menolak pelawaan si Duda. AKU?... aku tengok je lah. Aku tau memang dari awal si Duda tu simpan perasaan pada si F. Mane Si D?... Si D tak naik sama sebab dia malas nak jalan. Yang aku tau dia penat je lain malas aku nak tanya. 

Hah...! straight to the point je k. Tengah aku dok kuis-kuis kayu aku duduk tu tiba-tiba si Duda dari arah belakang terus je peluk si F. perrrhhhhh!!! terbeliak biji mata aku tengok! Mak Ai! besar panggung dah ni! wei agak r! respect r sikit wei! Kecian aku tengok si F. Si F pun dengan pantas loloskan diri r ape lagi. 
AKU LAK WAT PE???... sorry... aku mase tu tak sempat nak bantu kawan aku sendiri sebab masa tu aku duduk jauh sikit dari dia orang berdua. Nasib baik lah kawan aku tu agresif orangnya siap bagi jelingan maut kat si Duda! WATCHHAAAAAA! hahahaha apelagi aku dengan si F pun blah r. Si Duda terkoco-koco kejar kita orang berdua yang muda lagi bergaya ni. Amek kau! GATAL LAGI. Dahlah gatal KEDEKUT lak tu sampai sana beli air ngan pop corn satu. Dia sorang makan dah abis. Air lak aku kene kongsi dengan si F. Satu tin jerrrrrrrrrrrkkkkkk.

huh! malas dah nak citer lagi... lantak kau lah Duda and terima kasih sebab kau bagi nombor aku pada N pulak k.
Si N... (KAYA+KERETA PESONA+BUNCIT+LEMAH LEMBUT) What the hell!!! Aku tak hadap tu semua.

bip...bip...bip...bip...
(mesej pulak)

Iz: Klu abg nk buang no eca pn npe bkn ade spe nk mrh l?n dlu klu ag ade bni.msti dy cmbru. l?n abg x knl eca.


SoRRy To Saylah! 
Aku Tak Suka Kau MR DONKEY!

Mak Bapak Jenis Haper Larhh!

HAH! Say hai! to mama...

ok... good baby...
Arinie aku rasa macam tak ada idea nak wat entry. But, at least aku dok rojer-rojer blog orang lain. Tengah aku nenO... nenO... bawak mOuse aku tetibe aku terhenti kat satu blog ni. Nak tau haper? 
ok klik sini Si KeciL iTa

hah...! dah klik? bacer? sedih kan...


Ni aku nak ingatkan mak bapak yang jenis gini ni hah. Beringat-ingatlah sebelum terlambat nanti menyesal tak sudah. Anak tu permata dan lebih berharga dari harta. Setiap anak tu rezeki dan rezeki anak itulah yang mendatangkan harta kepada kalian. 
chewahhhh! ayat aku macam aku dah ada anak pulak! malu >.<

Bukan nak memandai tapi anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. 
Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Dengan itu tiada siapa yang bisa memutuskan hubungan di antara ibubapa dan anak-anak melainkan jika datangnya dari ALLAH s.w.t. 

Biodata Sang IBLIS

Hari ini aku akan memperkenalkan Sang Iblis bersama-sama kegiatannya. Dengan itu mulakan dengan 
A'uzubillahiminash shaitan nirrajeem Bismillah hirrahman nirraheem

Nama : Iblis Laknatullah.

Tempat lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status : Fasik kelas pertama.

Agama : Kufur.
  
Tempat tinggal di dunia : Di dalam hati mereka yang lalai.

Tempat tinggal di akhirat :
Neraka Jahanam.

Kawasan legarnya :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang-bengkok.

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan :
Angan-angan kosong.

Tempat pertemuan : Pasar-pasar(pusat membeli-belah).

Musuh ketat : Orang islam yang beriman dan bertakwa.

Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Cita-cita/Matlamat : 
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam.

Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar.

Lambang :
Sebarang tatu.

Pejabat operasi :
Tandas, bilik air, tempat-tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat.

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba.

Perkhidmatan : 
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.

Teman sejawat :
Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah.

Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam.

Makanan kegemaran :
Daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal.

Yang dibenci :
Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Alat perangkap :
Wanita cantik, model, pelacur dan seumpamanya.

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari kiamat.

Saat ajal :
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.

Yang disukai :
Homoseksual dan lesbian.

Janji-janji :
Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya.

Yang membuatkannya menangis : Bila orang sujud kepada Allah.

"Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari syaitan yang direjam."



BiLa Jadi Air Mata

Sang Pencinta menyatakan hasratnya untuk bercinta namun sang pencinta tidak mampu mengeluarkan kata-kata yang indah seindah bulan dipagar bintang.
"SAYANG... ANDAINYA AKU JADI AIR MATA, AKU INGIN LAHIR DARI MATAMU KERANA AKU BOLEH HIDUP DIPIPIMU DAN MATI DIBIBIRMU. TETAPI JIKA KAU YANG MENJADI AIR MATAKU... AKU TIDAK AKAN MENANGIS KERANA AKU TIDAK MAHU KEHILANGANMU... SAYANG... KETAHUILAH BAHAWA KAU ADALAH SINAR HIDUPKU YANG TELAH MENERANGI SEGALA KEGELAPAN DALAM DIRIKU. PERCAYALAH... AKU AKAN PELIHARA IKATAN SUCI MURNI INI BIARPUN KAU JAUH DIMATA AKU AKAN TETAP SETIA SELAGI KAU MASIH MENYAYANGI DAN MENCINTAIKU.
WALAUPUN AKU TAHU KAU TELAH MATI DIBIBIRKU..."
Sesungguhnya mencintai seseorang insan adalah yang paling terindah namun mencintainya janganlah melebihi cinta kepada yang Maha Esa. Bercintalah hanya kerana ALLAH jangan sesekali mencintai seseorang kerana NAFSU atau datangnya cinta daripada SYAITAN.
"Before that,I want to say something for this world. But I can`t... But enough for I know... LOVE IS LOVE... SOMETIMES LOVE IS THE BEST MEDICINE AND THERE IS MORE THAN ENOUGH TO GO AROUND ONCE YOU OPEN YOUR HEART FOR SOMEBODY YOU WANT... BUT,YOU KNOW, LOVE WILL DO MIRACLE WHEN YOU LOVE TO ALLAH.."

UTUS SAYANG BILA BERKASIH 
DITINGGAL KASIH HATIKU SEDIH 
LUKA DIHATI TAK NAMPAK PEDIH 
UNTUKKU UCAP TERIMA KASIH 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...