Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Nak Kumpul setem jugak? AWESOME

hOOLa... ^_^
Orang lain kumpul setem... aku pun nak jugak... hehehehe
aku memang tak pandai nak kumpul setem sebenarnya sebab bukan hobi aku.
Tapi ada benda yang mungkin orang lain tak terfikir nak buat selain aku.

Nak tau aku suka kumpul apa?
Jawapannya aku suka kumpul kad topup. Tak percaya???

hah... Bukti nie!

Banyak tak? Gilakan. Mesti semua orang fikir tak ada faedah. Ada aku kisah? kau hader?  hehehe... Actually,sejak umur aku 13 tahun lagi aku dah start kumpul kad topup ni. Mulanya aku tak sedar yang aku ni ada hobi kumpul setem kad topup tapi bila mak aku kata dia nak buang kad-kad yang dah aku guna ni, aku sedih. Sedihlah sangatkan?! Lama-lama jadilah hobi tetap. Kad-kad topup ni bukan termasuk orang lain punya tau... ni semua aku punya yang aku beli sendiri and guna. Sebenarnya ada banyak lagi tapi ada yang rosak and dah jahanam adik aku kerjakan. So, ini jelah yang sempat aku selamatkan.

Semua Kad Topup RM10
Banyak giler kot aku rasa Kad Topup RM10 ni berbanding jumlah kad topup harga lain.

RM30 / RM20
Aku jarang kot beli topup kad RM30 / RM20 ni.
Sebabnya aku suka berhati-hati. Hilang nanti membazir pulakkan. Kebanyakkannya kalau topup lebih dari RM10 ni aku aku guna topup masuk jerrr...

Tahun ni aku baru aktif beli Kad Topup RM5
SAVE bajet lah katakan.Tapi ok lah buat insan menganggur macam aku ni. Tak lama lagi bertambahlah koleksi aku. hehehe

Hot Ticket ni Popular aku guna
Hot Tiket ni nilainya best masa mula-mula keluar dulu tapi sekarang aku rasa dah tak best sangat kot.

 Koleksi Handphone Aku
Handphone ni semua aku kumpul dari aku form1 sampai sekarang. FIRST aku guna jenama SAGEM hadiah daripada ABAH aku tapi tak dapat diselamatkan atas sebab-sebab tertentu (Hancur bersisa) arwah dah. Model NOKIA 3310 tu aku beli pakai duit aku sendiri dan tu kira yang sulunglah gantikan arwah SAGEM. Ada dua tiga model lagi aku tak dapat nak selamatkan so yang tinggal yang ini jelah. Yang togel tak berbaju tu sisa kena langgar dengan kereta. Tapi aku sempat tahan kereta lain dari terus dilanggar. Jadi  BODY dia aku pungut and aku simpan buat kenangan sebab pemberian dari kawan aku.

Sayang Sim Card
Biasanya Sim Card yang rosak atau patah mesti korang buangkan tapi aku tak. StiLL simpan sampai sekarang. Kadang-kadang aku on balik sim card lama ni walaupun dah tak aktif lagi. Macan stupid je kan?... tapi dalam sim ni lah banyak simpan mesej-mesej lama. Ayat-ayat sayang menyayang gitu!

So, awesomekan hobi aku ni.
lepas ni aku nak kumpul charge handphone lak pulak... hahaha

So, sape-sape yang ada hobi pelik dan tak berfaedah ni hargailah yerkkk... mana tau ada orang berminat nak promote hobi-hobi kita ni. Tak ke popular nanti.
kelas kau CAH! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...