Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Happy Bufdays To My AWESOME Friend

Hell0! Hell0! makan tel0r!
opsss! 6th JANUARY... My AWESOME Friend bufdays!
Selamat Hari Jadi kawan! Semoga kau panjang umur walaupun kita dah lama tak berjumpa.


Inilah jejaka awesome yang selalu menggangu hidup aku jer... hahahaha!
berkenan boleh email : klik sini Jejaka Awesome tak pun boleh klik sini Encik Arif nanti jumpa dia kat facebook.
Kenapa aku kata dia awesome sebab dia adalah lelaki yang paling tak kisah pernah aku jumpa. Dia jugalah kawan lelaki yang paling baik walaupun kadangkala suka korek hidung depan aku... w00ooo!!! sangat menjijikkan.
Sangat menjengkelkan sungguhkan? Aku sayang sangat kat kawan aku yang sorang ni walaupun selalu jerk dia buat benda-benda yang sangat annoying tapi sangat menyenangkan aku.


hah! tengoklah sendiri gelagat dia. mengganggu kedamaian hidup aku sungguh.
Ada-ada je keje yang nak dibuatnya. Masa ni kita orang form5. Nampak bunga tu? bunga tu untuk guru kelas we all sempena hari guru. Nak wat drama punya pasal aku jadi mangsa dia.
Dia suka sakat aku tapi dia ada bila aku menangis. Dia juga ada bila aku memerlukan.
Walaupun dia ramai peminat yang membuatkan aku sendiri lemas terima gosip-gosip panas di sekolah (pasangan sejati) tapi dia tak cepat melatah dan dia tak pernah kisah. Mana taknya sepanjang masa belajar asyik-asyik muka aku dengan dia, perjumpaan pengawas pun aku berjalan berdua dengan dia atas sebab tugas. Mana tak kekasih gelap dia jelous! Lastly, sampai terima surat layang yang mengatakan aku rampas kekasih dia orang. Hahaha! funny! funny!. Lagipun bukan salah aku, cikgu yang memandai-mandai gandingkan aku dengan dia, aku terima jelah. Cikgu-cikgu aku pun pandai siap ada yang nak korek rahsia aku. Nak tahu cikgu aku tanya apa "Aisyah awak dengan Arif tu ada apa-apa ke? selalu awak berdua je dengan dia saya tengok. Kat mana ada awak di situ juga ada dia. Balik sekolah pun awak dengan dia" ha!ha!ha!
soalan apakah?! kadang-kadang buat aku nak gelak kuat-kuat! Whateverlah! Jawabnya memang aku geleng kepala and gelak jelah. Aku pun bukan ada apa-apa dengan dia.
Dia minat kat someone pun aku tahu maknanya aku dengan dia kawan baik ok! bukan kekasih.

 Tapi tu 3 tahun yang lepas masa zaman pondok-pondok we all. Sekarang we all jarang contact sebab masing-masing dah buat haluan sendiri. Hope, kau bahagia kawan! Kisah kita masih segar dalam ingatan aku sebagai kenangan. Kalau cikgu-cikgu tanya lagi  tentang kita aku jawab je kita tak ada jodoh. hahaha Makin bertambahlah tanggapan cikgu nanti yang kita berdua bercinta dulukan. heheheh!
AWESOME!

10 Perkara Yang Merosakkan OTAK


10 PERKARA
YANG MEROSAKKAN OTAK

Otak merupakan organ terpenting untuk mengendalikan semua fungsi tubuh. Otak juga merupakan pusat dari keseluruhan tubuh. Jika otak sihat, maka akan mendorong kesihatan tubuh serta menunjang kesihatan mental. Sebaliknya, apabila otak mula terganggu, maka kesihatan tubuh dan mental juga ikut terganggu. Dengan itu, ketahuilah beberapa perkara yang mampu merosakkan otak.


1TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI. Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi  menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2TERLEBIH MAKAN. Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3MEROKOK. Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN. Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR. Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6TIDUR YANG BERLEBIHAN. Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA. Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8KURANG BERIMAGINASI. Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9JARANG BERFIKIR. Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10TIDAK MEMBACA AL-QURAN. Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dankal.

Anda Rasa Ini Salah?

Salam Jumaat dan Salam Satu Malaysia...! ^_^
 OK...! Hari ni Cik blog tak nak cerita panjang-panjang sebab tak ada cerita menarik pun yang perlu dikongsikan. Cumanya mahu berkongsi sesuatu yang lebih menarik! meletup! dan kebab00m! annoying jer kan... apa-apa pun Cik blog perlukan pendapat you all yang sudi nen0-nen0 kat blog Cik blog ni. 
Katakan anda sedang sebuk menggodam internet di dalam komputer or lappy you all, tiba-tiba sesuatu page yang keluar menandakan tanda 'amaran'. Apakah yang akan anda semua lakukan? Terus klik pada perkataan 'OK' walaupun sudah berkali-kali anda cuba menekannya atau anda akan terus membaca apa yang diperlukan sebelum anda klik seperti di bawah.  

Virus yang datang tiba-tiba seperti dibawah sangat menyakitkan dan menyusahkan?


Lebih menyakitkan dari virus yang melanda bila sesuatu yang dipaparkan agak menyakitkan jiwa dan perasaan dan anda terpaksa menghadapinya sebegini.
Lebih teruk lagi jika ianya terus begini!


Maka kegagalan berterusan dan menjadi 'Windows Error'.


Namun lebih pedih apabila menghadapai soalan seperti semua di atas. Jika berlaku seperti berikut haruslah dicampakkan sahaja komputer atau lappy anda semua dengan sekuat hati yang mungkin kerana ianya telah memberikan satu penghinaan atau lebih kepada anda.

Selamat Mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...