Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Haji Hamid c00L

heL0... heL0 makan tel0!

hikhhikhik...

huh... Sorrylah dah beberapa hari ni malas sangat dan baru sekarang ada masa nak wat entry ni. Kalau tidak aku mesti malas tahap natang ni. Maka tak nen0-nen0 lah aku. huhuhuhu...
Biasalah semenjak umur dah lanjut ni kan, ada masa nak tidur jeerrrr. Lagi-lagi bila dah jadi penganggur tegar ni lagilah bertambah malasnya. Dengan maklumnya terabailah masa aku hanya untuk tidur. So, hari ni aku nak cerita pasal Haji Hamid. Mesti korang tertanya-tanya 

kenapa Haji Hamid? 

Kenapa tak Haji Wahab ke? Haji Leman ke? and bla... bla... bla...
Sebabnya, suka hati akulah nak letak nama apa. Dah memang entry kali ni aku nak cite pasal Haji Hamid ni.

Firstly, sebelum aku nen0-nen0 panjang aku nak bagitau ape yang special nya tentang Haji Hamid ni sampai aku wat entry bagai. Because of you Haji Hamid sangat-sangat berbeza sifatnya berbanding Haji-haji yang lain. Dari Haji Hamid ni muda hinggalah ke tua dan dah beranak-pinak + cucu sifatnya tak pernah berubah. Haji Hamid ni sedara dekat dengan aku (BAPA SEDARA) tambahan lagi rumah dia bersebelahan jer dengan rumah aku. Tu sebab aku berani wat entry tentang dia sebab hari-hari aku dok ngadap Haji Hamid ni dari aku kecik sampailah aku besar gajah sekarang ni.

ehhmmm... Haji Hamid ni ada 8orang anak tapi sorang je Puteri dan selebihnya mestilah Hero-hero Haji Hamid. Anak Bongsu Haji Hamid ni umurnya 13Tahun. Besar dah kan. Yang sulung dan anak yang kedua(perempuan) dah pun berkawin. Haji Hamid ni pun ada seorang cucu dan seorang lagi bakal dilahirkan dalam tempoh enam bulan lagi. Sifat yang paling aku kagumi dalam diri Haji Hamid ni ialah sewaktu dia berjalan kepalanya akan sentiasa ditundukkan sedikit. Seolah-olah merendahkan diri je umpamanya dan itulah sifat yang paling teristimewa Haji Hamid. Tidak dilambung dengan ego dan sombong walaupun rezekinya menimbun-nimbun seperti orang lain. 

Ok. Haji Hamid ni PENYABAR orangnya tetapi tegas! Walau apa pun yang terjadi Haji Hamid ni tetap C00L. Aku sama sekali tak pernah dengar dia tinggikan suara walaupun tengah marah kat anak-anak dia. Anak merengek dia tetap C00L. Anak menangis lagilah dia C00L. Itulah kelebihan Haji Hamid. 
Haji Hamid ni pun tak kedekut macam Haji Bakhil. Sebabnya baru jerrr tadi Haji Hamid hantar kuih kat rumah aku sempena ulangtahun kelahiran anak perempuan dia. Kalau bab duit atau makan senang-senang je nak dapat dari dia (biasalah anak buah dia). Walaupun senang dapat duit dari dia tapi bukan minta terus dapat. Haji Hamid ni selalu ajar anak buah dia biar berusaha dulu baru dapat ganjaran. Selalunya tolong picitkan kaki Haji Hamid pun dah dapat upah tau. Tu yang seronoknya bila bantu Haji Hamid ni. Pernah dulu dia ajar anak buah dia jual kupang tepi jalan. Bukan tepi jalan je malah pergi dari rumah ke rumah semata-mata nak jual kupang (MASA TU AKU PUN TERLIBAT SAMA) kalau sape-sape pernah beli kupang dengan dari budak kecik, aku and sepupu akulah tu... ^_^ #muka bangga je! Bukannya apa Haji Hamid ni suka ajar anak buah dia berniaga. Dulu Haji Hamid ni Nelayan sambil tu dia berniaga di Kedai Makan tapi sekarang dia tak menjala lagi tapi masih teruskan perniagaannya.

Haji Hamid ni juga murah dengan senyuman. Kadang-kadang tak tahu bila masa m00d dia nak berubah. Kelebihan Haji Hamid ni ialah muka dia ni iras-iras M.NASIR. Gempakkan! Hah... Kalau aku nak jumpa M.NASIR buka je tingkap dah nampak.hehehe... Masa zaman aku and sepupu-sepupu aku kecik-kecik dulu Haji Hamid suka panggil anak buah dia yang perempuan 'CIKGU'. Huh aku pun pelik... 'kenapa?' tapi bila aku dah besar baru aku faham yang kata-kata seseorang itu adalah doa. Mungkin Haji Hamid nak lihat anak buah dia semuanya berjaya kelak. 

Dulu-dulu Haji Hamid gemar bawa anak-anak buahnya berjalan walaupun setakat nak ambil ikan kat pasar untuk wat berniaga. Anak-anak buahnya pula termasuk aku tak pernah kisah ke mana saja Haji Hamid bawa pasti ada yang mahu menaiki vannya. Sebabnya setiap kali ikut Haji Hamid pasti senang. Time lapar Haji Hamid pasti belanja makan balik pulak mesti berbekalkan jajan. Bukan ke untung. Senang kata Haji Hamid memang yang terbaekkk! lahhhh... Bila menaiki van bersama-sama Haji Hamid pasti dia akan meminta kami menyanyikan lagu 'Rasa Sayang'... Unikkan Haji Hamid ni. Dia lebih senang berdendang dengan suara anak-anak berbanding dengar radio yang semestinya lebih lunak berbanding suara kami. Itulah kepuasan Haji Hamid. Sampai sekarang Haji Hamid pasti berbuat demikian.

Seterusnya, di setiap tahun di pagi AIDILFITRI aku pasti akan SEKODENG keluarga Haji Hamid ni. hah?! Aku bukan mengendap benda tak elok OK! tapi SEKODENG Haji Hamid bagi syarahan hikhikhik. Setiap pagi di Awal Syawal pasti Haji Hamid akan berkumpul bersama anak-anak dan isterinya selepas sembahyang raya untuk diberi nasihat atau kata lainnya khutbah sebelum bermaaf-maafan dan bertemu keluarga besarnya. Kelakuan Haji Hamid ni sangatlah dipuji. Dia sentiasa perihatin terhadap keluarga mahupun saudara-mara yang lain.


Sesungguhnya, keistimewaan Haji Hamid bagi aku tiada galang gantinya. Sebab hanya ada SATU DALAM SEJUTA sahaja seperti Haji Hamid.

Sampai kat sini jelah aku nen0-nen0 tentang Haji Hamid. 
Aku harap sifat-sifat Haji Hamid ni dapat dijadikan contoh dalam kehidupan korang kerna Haji Hamid adalah salah seorang insan yang murni sifatnya. Contohilah Haji Hamid.
Aku doakan Haji Hamid sihat sejahtera sentiasa kerna senyuman Haji Hamid KINI adalah kegembiraan di masa LAMPAU kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...