Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Biodata Sang IBLIS

Hari ini aku akan memperkenalkan Sang Iblis bersama-sama kegiatannya. Dengan itu mulakan dengan 
A'uzubillahiminash shaitan nirrajeem Bismillah hirrahman nirraheem

Nama : Iblis Laknatullah.

Tempat lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status : Fasik kelas pertama.

Agama : Kufur.
  
Tempat tinggal di dunia : Di dalam hati mereka yang lalai.

Tempat tinggal di akhirat :
Neraka Jahanam.

Kawasan legarnya :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang-bengkok.

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan :
Angan-angan kosong.

Tempat pertemuan : Pasar-pasar(pusat membeli-belah).

Musuh ketat : Orang islam yang beriman dan bertakwa.

Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Cita-cita/Matlamat : 
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam.

Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar.

Lambang :
Sebarang tatu.

Pejabat operasi :
Tandas, bilik air, tempat-tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat.

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba.

Perkhidmatan : 
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.

Teman sejawat :
Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah.

Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam.

Makanan kegemaran :
Daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal.

Yang dibenci :
Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Alat perangkap :
Wanita cantik, model, pelacur dan seumpamanya.

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari kiamat.

Saat ajal :
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.

Yang disukai :
Homoseksual dan lesbian.

Janji-janji :
Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya.

Yang membuatkannya menangis : Bila orang sujud kepada Allah.

"Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari syaitan yang direjam."



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...