Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Menghitung Hari Kekecewaan



Hari ini aku sendiri tidak pasti apakah yang aku inginkan dari sebuah harapan daripada insan yang tidak mampu mengingati aku. Bukan aku ingin menyalahkannya,tetapi aku sendiri tidak mampu mengatasi kesedihan dan kerinduan aku terhadapnya. Salah akukah untuk terus merinduinya sedangkan dia masih tertanya-tanya siapakah aku di dalam hidupnya. Mungkin takdir yang menentukan semuanya. Aku masih ingat lagi setiap kata-katanya sebelum kemalangan yang terjadi kepada dirinya sebulan yang lepas. Pertemuan kami adalah satu kebetulan dan walau apa pun yang terjadi antara aku dan dia, dia mengharapkan agar aku mempertahankan hubungan ini dan kata-kata itu telah menyeksakan jiwa aku bila ianya ditinggalkan kepada aku sebagai satu amanah. Aku masih menganggapnya satu amanah tetapi ramai yang menghalang aku untuk menyempurnakan amanah tersebut. Atas sebab aku akan merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Sampai bila aku akan merahsiakan diri aku yang sebenarnya. Aku tidak akan berpaling tadah untuk menyayangi orang lain walaupun pada saat ini aku mendapat berita yang dirinya akan lumpuh buat selama-lamanya. Aku akan tetap menerimanya di dalam hidup aku.

     Aku mengerti pasti semua pembaca akan tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya. Sebenarnya aku masih belum bersedia untuk menceritakan pucuk pangkalnya. Aku masih dalam keadaan sedih. Setiap malam aku akan menangis dan tidak mampu untuk pejamkan mata kerana... MALAM ITU KETIKA AKU DALAM PERJALANAN PULANG KE MUAR... AKU RASAKAN TERLALU LETIH. PADA SAAT ITU SATU PESANAN RINGKAS (SMS) AKU TERIMA DARIPADA ZARUL  ***SAYANG...*** aku balas pesanan tersebut dan aku katakan yang aku terlalu letih pada waktu itu. Aku minta izin darinya untuk tidur dan dia hanya katakan yang dia terlalu RINDU pada aku dan dia mahu aku hubungi dia selepas aku tiba di Muar. tapi... selepas itu dan sehingga sekarang setiap malam aku akan terus menangis seolah-olah meratap sebuah kematian. Sedangkan dia hanya mengalami gegaran otak yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Aku masih ingat waktu ketika dulu aku pernah kehilangan insan yang aku cinta yang melibatkan kematian tetapi aku tidaklah merasa kehilangan sehingga meratapinya seperti keadaan sekarang ini. Adakah aku hanya mengikut kata hati? jawapan aku TIDAK kerana aku masih bersujud pada yang esa dan mendoakan kebaikan buatnya.

   Tidak mampu rasanya untuk aku meneruskan bait-bait seperti ini. Mungkin ini adalah dugaan RAMADHAN untuk aku ataupun HADIAH RAMADHAN yang paling indah. Entahlah aku sendiri tidak pasti. Sampai di sini sahaja coretan buat aku. Mungkin seketika nanti aku akan menulis semula atau esok? lusa? entahlah... MUNGKIN sehingga air mata aku ini berhenti mengalir mungkin. ehmm...

WASSALAM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...