Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Bukan Lagi Drama TETAPI Berakhir Dengan...

CINTA itu sememangnya kadangkala merumitkan... BTW knpe rumit? sebab kita kadangkala merasakan yang diri kita bertepuk sebelah tangan.. urmmm... Bagaikan sebuah drama kan?... MUNGKIN... aku seronok sangat apabila saat-saat percintaan terindah sahabat aku tercapai walaupun agak sukar untuk diluahkan di antara mereka berdua.. BENAR lah, rupa-rupanya cinta bukan hanya untuk diluahkan setiap saat tetapi perlu dihayati keindahannya setiap detik yang berlalu.

Walaupun kisah cinta dan hidup aku masih belum berakhir aku mesti terus menghadapinya. PERSOALANNYA, ADAKAH MASIH ADA DRAMA SELEPAS INI? urmmm... mestilah... jawapannya ada. Hidup kita bagaikan pentas opera right? Perjalanan aku masih panjang... aku masih mencari keindahan yang lain... Bila AKU LIHAT ORANG LAIN YANG BAHAGIA aku turut merasakan kebahagiaan tersebut. HATI...? Kadangkala kerisauan yang melanda kerna aku tidak mampu menghalang kau dari menyentuh sesuatu untuk dicintai.. OTAK...? hanya mengawal dan jika diturutkan kata hati, binasa kelak jadinya.

Percaya atau tidak aku seorang wanita yang tidak lekang daripada meminta belaian dari seorang insan yang bergelar lelaki. Betapa indahnya jika pasangan kita sering memberi kasih sayang dan kita sering dilindungi olehnya. Rindunya aku kepada ZARUL SAAT INI... JIKA ZARUL BERADA DI SISI AKU ALANGKAH INDAH DUNIA INI(ayat yang sama jer akan aku fikirkan) entah bila kalian akan tau cerita sebenar di antara aku dan Zarul. Mungkin tamat  Peperiksaan STPM baru aku bersedia untuk mengungkap mengenainya. Bila mana aku mula hendak bercerita kisah aku dan dia, air mata yang memulakannya. Mungkin aku belum bersedia untuk bercerita kepada semua ialah masakan bila cinta berputik ada sesuatu yang menyentap...
Siapa yang bisa menerimanya dalam masa yang amat singkat sedangkan yang berputik itu adalah kehadiran sang pencinta. Ya ALLAH kuatkanlah HATI berikan sesuatu untuk akalku agar tidak hilang dari kewarasanku yang sebenar. Sesungguhnya aku ikhlas mencintainya hanya keranaMu yang menghantar kehadirannya lantas mengubah kehidupanku untuk kembali ke pangkalMu untuk menjadi hamba yang berada di bawah naunganMu selamanya. Ku panjat kesyukuran kepadaMu Ya ALLAH... bahawa kau tidak hanya meletakkan aku kepada hidayahMu malah melengkapkan aku dengan taufiqmu walaupun aku sememangnya bukan wanita sempurna keperibadiannya namun tetap ada peluang buatku untuk merasai nikmatnya aku untuk mengesakanMu Ya ALLAH.

INSOMNIA Aku Di Antara Penghidap INSOMNIA

Dalam beberapa hari ini aku bukan sahaja mengalami masalah kesukaran untuk tidur malahan mengalami mimpi ngeri yang pelbagai dan berterusan sehingga mengganggu waktu tidur aku. Kesukaran untuk tidur juga dikenali sebagai INSOMNIA.
INSOMNIA dapat dibahagikan kepada beberapa GEJALA dan PUNCA:

GEJALA-GEJALA:
1.Kesukaran untuk tidur.
2.Tidur yang putus-putus atau resah.
3.Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
4.Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
5.Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

PUNCA-PUNCA:
1.Tekanan dan kerisauan.
2.Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur-misalnya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
3.Persekitaran baru-e.g Berpindah ke rumah baru.
4.NOKTURIA(kencing pada waktu malam)-biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
 5.Sakit kepada penyakit-penyakit tertentu.
6.Dicetus oleh ubat, misalnya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
7.Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.

Aku mengalami penyakit ini hampir setahun lebih, bermula dari awal tahun 2010. Bermula dari kedudukkan aku yang berada di KEM SEMARAK, PEKAN PAHANG bagi menjalani PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN). Hal ini akibat daripada ubat yang aku ambil semenjak tahun 2009 lagi. Kekerapan aku mengambil ubat tersebut berterusan terutama sekali ketika aku berada di kem latihan. Pada bulan pertama aku berada di kem aku masih lagi aktif dalam melakukan aktiviti namun bagi bulan seterusnya aku mula merasakan sesuatu. Aku mudah pengsan dan keadaan yang paling kritikal apabila aku memerlukan alat bantuan pernafasan kerana kemampuan aku untuk mengumpul oksigen amatlah di tahap yang rendah dan degupan jantung aku seperti kiraan seorang atlet lumba lari yang baru saja menamatkan pelariannya. Pada setiap malam aku tidak akan mampu untuk  melelapkan mata dan paling berkait rapat apabila penyakit ini membuatkan aku mudah berilusi sendiri seolah-olah pada setiap malam akan ada suara yang menyeru namaku. Setiap malam aku terpaksa mencari sarung kaki untuk mengelakkan aku dari kesejukan yang hanya berlaku dibahagian kaki namun bahagian anggota badan yang lain akan mudah berpeluh berbanding bahagian kaki. Jari jemari kakiku seolah-olah membeku. Keadaan berkurangan setelah aku tamat latihan dan pulang ke MUAR. Aku sudah tidak lagi mengalami ilusi seperti selalu dan aku mampu mengawal pernafasan aku agar mendapat oksigen yang mencukupi dan mendapatkan air yang secukupnya di dalam badan.  NAMUN keadaan yang lain masih kekal  sehingga kini.

Baru- baru ini keadaan aku yang mengalami kesukaran untuk tidur ini telah ditambah dengan `NIGHTMARE`    
yang sering mengganggu aku ketika aku tidur tidak kira malam ataupun siang. Keadaan ini membuatkan aku rasa tertekan dengan keadaan aku pada waktu ini dan membuatkan aku tidak mampu untuk menjalani kehidupan aku seperti biasa. Aku rasakan kehidupanku seperti tunggang langgang hanya kerana gangguan mimpi-mimpi ngeri yang tidak aku jangka. Dan yang paling tidak aku jangka sekali bila mimpiku ini terbawa ke pergerakan fizikal luar sedar aku. Aku mula menangis dalam tidur. Keadaan aku ini disedari oleh adikku sendiri apabila aku menangis ketika tidur. Sudah berulang kali juga kejadian ini terjadi. ADAKAH INI ANTARA PUNCA LAIN PENYAKIT INSOMNIA? aku sendiri tidak pasti kerna maklumat yang aku dapati dari kebanyakan bahan rujukan belum ada punca seperti ini akibat daripada penyakit INSOMNIA.



MAKLUMAT LANJUT: LAYARI Gejala Insomnia

Pabila Aku Dan Zarul Bersahabat

Waahhh...! Lama juga aku tak buat semak kat blog aku ni. Nak tau perkembangan aku dengan zarul tak?...  tak yah r tahu  huhuhu walaupun aku dah tak ada ape-ape hubungan dengan dia atas sebab permintaan dia yang nak kan aku cari pasangan lain AKU TERIMA..Terima atas sebab "AMANAH" geram aku dibuatnya. Semua nak dengar cakap dia, abis aku nie? hehehe... geram-geram jugak kan tapi dah sayang ikutkan ajer. Aku dah mula bersahabat dengan dia. So... maksudnya kita orang hanya jadi kawan. Aku terima sbb tak nak gaduh (ekshely memang dah gaduh pown sebelum tu sebab dia sesuka hati jer nak aku wat cmni) lagipun we all sama-sama keras kepala. Walaupun sama-sama keras kepala aku dengan Zarul masih ada perasaan sayang (sedih). 

    Bila dah jadi kawan aku rasa makin mudah untuk aku meluahkan masalah kat dia. Dia pun mudah nak amek tau masalah aku. Tapi MASALAHNYA sekarang aku nie kadang-kadang tak dapat terima bila dia asyik suruh aku pergi cari orang lain dan jangan mengharap pada dia. Aku sangat tak puas hati dengan ayat tu. GERAMNYEEERRRR... Suka dia jerrrr nak ulang-ulang  ayat camtu. errr tapi  tak pe... aku tau ape aku nak wat. Suke hati aku r nak sayang dia kew tidakkan. Aku pun tak pernah kisah KALAU Aku KAWIN DENGAN DIA SEKALIPUN. Memang niat aku nak jaga dia sampai akhir hayat aku, cuma dia jer yang tak tau tentang tu... huh.. KALAU DIA TERBACA BLOG AKU NIE MATI AKU, NASIB BAIK DIA TAK TAHU AKU ni terlibat dengan BLOGGER. KALAU TAU CAMNER?... MATIlah aku...ada nanti dia suruh delete semua entry ni walaupun  blog nie milik aku... LEMAH btul...!

OPSSS!!.. Pasanganku Bukan Muslim?!

TU YANG TENGAH AKU FIKIRKAN... AKU KE YANG ADA PASANGAN BUKAN MUSLIM TU... WAITING FOR ME... ADA JAWAPAN NANTI AKU BAGITAHU.

Pernah kew korang terfikir yang pasangan korang nie berbeza agama? Salah kew? I think tak salah kowt sebab tu jodoh kan... Cuma MUNGKIN ada risiko agaknya. Tue sebab ada yang takut untuk memiliki pasangan yang berbeza agama nie. Tetapi  JAWAPAN untuk memilih menerima risiko atau LEBIH BAIK JANGAN adalah hak individu itu sendiri so, tak ada masalah sama ada mempunyai atau tidak pasangan yang berbeza agama... 

Sungguh Tak KuSangka

MESTI TAK PERCAYA BILA SAHABAT SENDIRI BERUBAH??? BERUBAH KERrrr...??? YELAH... BILA DAH JAUH MESTILAH JAWAPANNYA TAK INGAT KAWAN... HUH... SEDIH! SEDIHLAH SANGAT...  
Entahlah kadang-kadang perasaan kita jer yang rasa macam tu sedangkan orang tu langsung tak berubah.Tapi kalau dah jawapannya ada depan mata tak salahkan kalau kita nak cakap yang kawan kita tu dah berubah. Aku cakap mcm nie sebab aku ada sahabat yang mungkin dalam keadaan yang macam nie. Mana tak nyerrr... dulu dialah orang pertama yang cari aku kalau ada ape-ape masalah tapi sekarang, akulah antara insan terakhir yang akan tahu. Tak ke sedih namanya. MUNGKIN keadaan we all yang jauh. Yelah aku masih berpakaian sekolah and walhal dia dah bebas berpakaian. Tak macam aku yang dikatakan tak matang and masih duduk dalam kawasan sekolah. Huh! (TERASA NI SEBENARNYA)... Tapi tak perr... Aku doakan sahabat aku ni berjaya. MAAF lah.. BUKAN niat nak mengutuk tapi hati dah TERSINGGUNG! tak BLEY WAT APE BEB...!

Menghitung Hari Kekecewaan



Hari ini aku sendiri tidak pasti apakah yang aku inginkan dari sebuah harapan daripada insan yang tidak mampu mengingati aku. Bukan aku ingin menyalahkannya,tetapi aku sendiri tidak mampu mengatasi kesedihan dan kerinduan aku terhadapnya. Salah akukah untuk terus merinduinya sedangkan dia masih tertanya-tanya siapakah aku di dalam hidupnya. Mungkin takdir yang menentukan semuanya. Aku masih ingat lagi setiap kata-katanya sebelum kemalangan yang terjadi kepada dirinya sebulan yang lepas. Pertemuan kami adalah satu kebetulan dan walau apa pun yang terjadi antara aku dan dia, dia mengharapkan agar aku mempertahankan hubungan ini dan kata-kata itu telah menyeksakan jiwa aku bila ianya ditinggalkan kepada aku sebagai satu amanah. Aku masih menganggapnya satu amanah tetapi ramai yang menghalang aku untuk menyempurnakan amanah tersebut. Atas sebab aku akan merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Sampai bila aku akan merahsiakan diri aku yang sebenarnya. Aku tidak akan berpaling tadah untuk menyayangi orang lain walaupun pada saat ini aku mendapat berita yang dirinya akan lumpuh buat selama-lamanya. Aku akan tetap menerimanya di dalam hidup aku.

     Aku mengerti pasti semua pembaca akan tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya. Sebenarnya aku masih belum bersedia untuk menceritakan pucuk pangkalnya. Aku masih dalam keadaan sedih. Setiap malam aku akan menangis dan tidak mampu untuk pejamkan mata kerana... MALAM ITU KETIKA AKU DALAM PERJALANAN PULANG KE MUAR... AKU RASAKAN TERLALU LETIH. PADA SAAT ITU SATU PESANAN RINGKAS (SMS) AKU TERIMA DARIPADA ZARUL  ***SAYANG...*** aku balas pesanan tersebut dan aku katakan yang aku terlalu letih pada waktu itu. Aku minta izin darinya untuk tidur dan dia hanya katakan yang dia terlalu RINDU pada aku dan dia mahu aku hubungi dia selepas aku tiba di Muar. tapi... selepas itu dan sehingga sekarang setiap malam aku akan terus menangis seolah-olah meratap sebuah kematian. Sedangkan dia hanya mengalami gegaran otak yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Aku masih ingat waktu ketika dulu aku pernah kehilangan insan yang aku cinta yang melibatkan kematian tetapi aku tidaklah merasa kehilangan sehingga meratapinya seperti keadaan sekarang ini. Adakah aku hanya mengikut kata hati? jawapan aku TIDAK kerana aku masih bersujud pada yang esa dan mendoakan kebaikan buatnya.

   Tidak mampu rasanya untuk aku meneruskan bait-bait seperti ini. Mungkin ini adalah dugaan RAMADHAN untuk aku ataupun HADIAH RAMADHAN yang paling indah. Entahlah aku sendiri tidak pasti. Sampai di sini sahaja coretan buat aku. Mungkin seketika nanti aku akan menulis semula atau esok? lusa? entahlah... MUNGKIN sehingga air mata aku ini berhenti mengalir mungkin. ehmm...

WASSALAM...

Tangisan Berulang Kembali

Dalam tangisan aku cuba untuk mencoretkan kisah kesedihan aku pada malam ini. Secara tidak langsung aku terpaksa membuat blog baru akibat daripada blog aku yang sebelum ini mengalami masalah untuk disign in... Namun, coretan yang lepas akan aku 'transfer' ke dalam blog ini agar nampak lebih kurang sama. Malam ini tangisan aku berulang apabila ZARUL berharap agar aku mencari seseorang yang  lebih sempurna sebagai pengganti dirinya. Ya Allah DUGAAN apakah ini...? Aku sudah tidak berupaya untuk menghadapinya sekali lagi. Ya... mungkin tangisan perpisahan yang diungkapkan olehnya. B maafkan sayang kerna terpaksa meluahkannya di sini. Aku bukan mengharapkan simpati daripada sesiapa tetapi aku cuma ingin mencari ketenangan untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mempunyai kisah hidup yang sama SEPERTI aku pada waktu sebegini... Untuk pengetahuan kalian, ZARUL sudah tidak sempurna seperti dahulu... Tetapi dirinya tetap sempurna di hati aku... MALAM ini adalah malam pertama dia membuat air mataku mengalir semula tanpa henti apabila ungkapan 'DIA TIDAK SEMPURNA UNTUK AKU'... Kata-kata yang  aku sendiri tidak percaya akan diungkapkannya kepada aku setelah hampir sebulan dirinya kembali mengingati aku walaupun hanya sedikit ingatan terhadap diriku. Aku tidak sanggup untuk meneruskannya lagi. Mungkin ESOK atau LUSA..kerna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...