Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Jangan Nak Western Sangatlah

Cheese baked meatball wif carbonara sos...
huh... sesuailah namanya yang panjang lebar serta rupanya...


Inilah hidangan yang disediakan oleh sahabat abang aku untuk santapan kami sekeluarga kelmarin.
Agak enak bila bebola daging tersebut disumbatkan ke dalam mulut. 
auwmmmmmm...! lazat umpama letupan gunung berapi apabila bebola daging itu pecah di dalam mulut.
Namun, apakan daya perut aku, mak dan dua orang adik aku perut ASIA. Perlukan nasi
dan segala macam yang pedas serta berempah dan bukannya mayonis bagai. 
Akhirnya, kami ditimpa sakit iaitu muntah-muntah dan cirit-birit. #Annoying betul ayat akukan. 
Huh... Hospital juga tempat aku mengadu huhuhu
Betullah orang kata yang sedap itu penyakit dan yang pahit itu ubat!
So, ubatlah jawapannya. Dari pagi tanpa tidur aku terpaksa keluarkan segala sisa makanan dari dalam perut tanpa ada yang tertinggal hingga aku ketandusan air.

"Yang kau pun makan macam pandai sangat!" huhuhu. Kata-kata abang aku yang penuh bermakana dan sangat memedihkan. 

Manalah aku tahu aku alah makan benda ala ni. Selama ni aku makan western food tak adalah sampai berpenyakit gini. ANYWAY thanks kak nana sebab sediakan western food ni dengan seikhlas hati dan sanggup bersusah payah hantar sampai ke rumah. Yu...huuu! lain kali hantar lagi tapi jangan hantar benda ala ni. Hantar pizza ker spageti ke. Tu memang favourite aku.
Untuk abang aku perut kau memang power bang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...