Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

~MALAS BEBENO~

Selamat pagi buat ibu-ibu bapak-bapak semua yang ada disini, kita bergoyang... bla...bla...bla... 0pps! #G0yang eNuL pulak.
Pukul 3 pagi yang hening ni aku ingin nak bercerita tentang sesuatu yang menarik lagi tertarik. Nak tahu ape? korang ley r nen0-nen0 yang seterusnya k.
Aku nak bercerita ~MALAS BEBENO~ sO nenO-nenOlah.

Cerita ini di adaptasikan oley Sir R aku masa zaman main pondok-pondok dulu (masa form6). Masa tu ada kelas Sir R tapi disebabkan mood belajar we all sekelas masa tu tahap lowers bagai cipan maka terungkailah sebuah kisah dan kisah ini dipublishkan oleh kawan aku
ALiff AkhmaL di GROUP kami lalu aku pun publishkan sekali lagi kat entry aku kali ini tetapi telah dipolish.
#pening aku baca ayat aku sendiri.
Hal yang demikian begini ceritanya.

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka dan tidak ada seorang pun daripada mereka yang malas sifatnya. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, muncul seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang yang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang pula seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu wahai si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.



hahahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...