Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Mak Bapak Jenis Haper Larhh!

HAH! Say hai! to mama...

ok... good baby...
Arinie aku rasa macam tak ada idea nak wat entry. But, at least aku dok rojer-rojer blog orang lain. Tengah aku nenO... nenO... bawak mOuse aku tetibe aku terhenti kat satu blog ni. Nak tau haper? 
ok klik sini Si KeciL iTa

hah...! dah klik? bacer? sedih kan...


Ni aku nak ingatkan mak bapak yang jenis gini ni hah. Beringat-ingatlah sebelum terlambat nanti menyesal tak sudah. Anak tu permata dan lebih berharga dari harta. Setiap anak tu rezeki dan rezeki anak itulah yang mendatangkan harta kepada kalian. 
chewahhhh! ayat aku macam aku dah ada anak pulak! malu >.<

Bukan nak memandai tapi anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. 
Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Dengan itu tiada siapa yang bisa memutuskan hubungan di antara ibubapa dan anak-anak melainkan jika datangnya dari ALLAH s.w.t. 

Biodata Sang IBLIS

Hari ini aku akan memperkenalkan Sang Iblis bersama-sama kegiatannya. Dengan itu mulakan dengan 
A'uzubillahiminash shaitan nirrajeem Bismillah hirrahman nirraheem

Nama : Iblis Laknatullah.

Tempat lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status : Fasik kelas pertama.

Agama : Kufur.
  
Tempat tinggal di dunia : Di dalam hati mereka yang lalai.

Tempat tinggal di akhirat :
Neraka Jahanam.

Kawasan legarnya :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang-bengkok.

Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.

Modal pusingan :
Angan-angan kosong.

Tempat pertemuan : Pasar-pasar(pusat membeli-belah).

Musuh ketat : Orang islam yang beriman dan bertakwa.

Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan.

Cita-cita/Matlamat : 
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam.

Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar.

Lambang :
Sebarang tatu.

Pejabat operasi :
Tandas, bilik air, tempat-tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat.

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba.

Perkhidmatan : 
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.

Teman sejawat :
Orang yang mendiamkan diri daripada menyatakan kebenaran.

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah.

Berkomunikasi dengan : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam.

Makanan kegemaran :
Daging orang mati, segala najis dan kotoran.

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal.

Yang dibenci :
Orang-orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.

Alat perangkap :
Wanita cantik, model, pelacur dan seumpamanya.

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari kiamat.

Saat ajal :
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah pada hari kiamat kelak.

Yang disukai :
Homoseksual dan lesbian.

Janji-janji :
Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya.

Yang membuatkannya menangis : Bila orang sujud kepada Allah.

"Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari syaitan yang direjam."



BiLa Jadi Air Mata

Sang Pencinta menyatakan hasratnya untuk bercinta namun sang pencinta tidak mampu mengeluarkan kata-kata yang indah seindah bulan dipagar bintang.
"SAYANG... ANDAINYA AKU JADI AIR MATA, AKU INGIN LAHIR DARI MATAMU KERANA AKU BOLEH HIDUP DIPIPIMU DAN MATI DIBIBIRMU. TETAPI JIKA KAU YANG MENJADI AIR MATAKU... AKU TIDAK AKAN MENANGIS KERANA AKU TIDAK MAHU KEHILANGANMU... SAYANG... KETAHUILAH BAHAWA KAU ADALAH SINAR HIDUPKU YANG TELAH MENERANGI SEGALA KEGELAPAN DALAM DIRIKU. PERCAYALAH... AKU AKAN PELIHARA IKATAN SUCI MURNI INI BIARPUN KAU JAUH DIMATA AKU AKAN TETAP SETIA SELAGI KAU MASIH MENYAYANGI DAN MENCINTAIKU.
WALAUPUN AKU TAHU KAU TELAH MATI DIBIBIRKU..."
Sesungguhnya mencintai seseorang insan adalah yang paling terindah namun mencintainya janganlah melebihi cinta kepada yang Maha Esa. Bercintalah hanya kerana ALLAH jangan sesekali mencintai seseorang kerana NAFSU atau datangnya cinta daripada SYAITAN.
"Before that,I want to say something for this world. But I can`t... But enough for I know... LOVE IS LOVE... SOMETIMES LOVE IS THE BEST MEDICINE AND THERE IS MORE THAN ENOUGH TO GO AROUND ONCE YOU OPEN YOUR HEART FOR SOMEBODY YOU WANT... BUT,YOU KNOW, LOVE WILL DO MIRACLE WHEN YOU LOVE TO ALLAH.."

UTUS SAYANG BILA BERKASIH 
DITINGGAL KASIH HATIKU SEDIH 
LUKA DIHATI TAK NAMPAK PEDIH 
UNTUKKU UCAP TERIMA KASIH 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...