Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

INSOMNIA Aku Di Antara Penghidap INSOMNIA

Dalam beberapa hari ini aku bukan sahaja mengalami masalah kesukaran untuk tidur malahan mengalami mimpi ngeri yang pelbagai dan berterusan sehingga mengganggu waktu tidur aku. Kesukaran untuk tidur juga dikenali sebagai INSOMNIA.
INSOMNIA dapat dibahagikan kepada beberapa GEJALA dan PUNCA:

GEJALA-GEJALA:
1.Kesukaran untuk tidur.
2.Tidur yang putus-putus atau resah.
3.Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
4.Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
5.Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.

PUNCA-PUNCA:
1.Tekanan dan kerisauan.
2.Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur-misalnya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
3.Persekitaran baru-e.g Berpindah ke rumah baru.
4.NOKTURIA(kencing pada waktu malam)-biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
 5.Sakit kepada penyakit-penyakit tertentu.
6.Dicetus oleh ubat, misalnya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
7.Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.

Aku mengalami penyakit ini hampir setahun lebih, bermula dari awal tahun 2010. Bermula dari kedudukkan aku yang berada di KEM SEMARAK, PEKAN PAHANG bagi menjalani PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA(PLKN). Hal ini akibat daripada ubat yang aku ambil semenjak tahun 2009 lagi. Kekerapan aku mengambil ubat tersebut berterusan terutama sekali ketika aku berada di kem latihan. Pada bulan pertama aku berada di kem aku masih lagi aktif dalam melakukan aktiviti namun bagi bulan seterusnya aku mula merasakan sesuatu. Aku mudah pengsan dan keadaan yang paling kritikal apabila aku memerlukan alat bantuan pernafasan kerana kemampuan aku untuk mengumpul oksigen amatlah di tahap yang rendah dan degupan jantung aku seperti kiraan seorang atlet lumba lari yang baru saja menamatkan pelariannya. Pada setiap malam aku tidak akan mampu untuk  melelapkan mata dan paling berkait rapat apabila penyakit ini membuatkan aku mudah berilusi sendiri seolah-olah pada setiap malam akan ada suara yang menyeru namaku. Setiap malam aku terpaksa mencari sarung kaki untuk mengelakkan aku dari kesejukan yang hanya berlaku dibahagian kaki namun bahagian anggota badan yang lain akan mudah berpeluh berbanding bahagian kaki. Jari jemari kakiku seolah-olah membeku. Keadaan berkurangan setelah aku tamat latihan dan pulang ke MUAR. Aku sudah tidak lagi mengalami ilusi seperti selalu dan aku mampu mengawal pernafasan aku agar mendapat oksigen yang mencukupi dan mendapatkan air yang secukupnya di dalam badan.  NAMUN keadaan yang lain masih kekal  sehingga kini.

Baru- baru ini keadaan aku yang mengalami kesukaran untuk tidur ini telah ditambah dengan `NIGHTMARE`    
yang sering mengganggu aku ketika aku tidur tidak kira malam ataupun siang. Keadaan ini membuatkan aku rasa tertekan dengan keadaan aku pada waktu ini dan membuatkan aku tidak mampu untuk menjalani kehidupan aku seperti biasa. Aku rasakan kehidupanku seperti tunggang langgang hanya kerana gangguan mimpi-mimpi ngeri yang tidak aku jangka. Dan yang paling tidak aku jangka sekali bila mimpiku ini terbawa ke pergerakan fizikal luar sedar aku. Aku mula menangis dalam tidur. Keadaan aku ini disedari oleh adikku sendiri apabila aku menangis ketika tidur. Sudah berulang kali juga kejadian ini terjadi. ADAKAH INI ANTARA PUNCA LAIN PENYAKIT INSOMNIA? aku sendiri tidak pasti kerna maklumat yang aku dapati dari kebanyakan bahan rujukan belum ada punca seperti ini akibat daripada penyakit INSOMNIA.



MAKLUMAT LANJUT: LAYARI Gejala Insomnia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...