Hari ini aku sendiri tidak pasti apakah yang aku inginkan dari sebuah harapan daripada insan yang tidak mampu mengingati aku. Bukan aku ingin menyalahkannya,tetapi aku sendiri tidak mampu mengatasi kesedihan dan kerinduan aku terhadapnya. Salah akukah untuk terus merinduinya sedangkan dia masih tertanya-tanya siapakah aku di dalam hidupnya. Mungkin takdir yang menentukan semuanya. Aku masih ingat lagi setiap kata-katanya sebelum kemalangan yang terjadi kepada dirinya sebulan yang lepas. Pertemuan kami adalah satu kebetulan dan walau apa pun yang terjadi antara aku dan dia, dia mengharapkan agar aku mempertahankan hubungan ini dan kata-kata itu telah menyeksakan jiwa aku bila ianya ditinggalkan kepada aku sebagai satu amanah. Aku masih menganggapnya satu amanah tetapi ramai yang menghalang aku untuk menyempurnakan amanah tersebut. Atas sebab aku akan merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Sampai bila aku akan merahsiakan diri aku yang sebenarnya. Aku tidak akan berpaling tadah untuk menyayangi orang lain walaupun pada saat ini aku mendapat berita yang dirinya akan lumpuh buat selama-lamanya. Aku akan tetap menerimanya di dalam hidup aku.

Tidak mampu rasanya untuk aku meneruskan bait-bait seperti ini. Mungkin ini adalah dugaan RAMADHAN untuk aku ataupun HADIAH RAMADHAN yang paling indah. Entahlah aku sendiri tidak pasti. Sampai di sini sahaja coretan buat aku. Mungkin seketika nanti aku akan menulis semula atau esok? lusa? entahlah... MUNGKIN sehingga air mata aku ini berhenti mengalir mungkin. ehmm...
WASSALAM...
2 comments:
syg, susah nak baca entry la..humm..tukar background ke..ok sikit..:)
dah tukar dah...hikhikhik
Post a Comment