Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Si Penjual PAU

Yu huu! Hai... SELAMAT DATANG!
Hari ni Cik punya blog yang meletup! lagi klas ni nak nen0 nen0 sikit kat sini.
Hah dolu-dolu Cik ni penjual pau sampingan tau bukan simpanan yerrr.

PAU LORONG WAN CHIK (LWC)

Cik ni jual pau bukan secara besar-besaran tapi secara LITTLE STAR. #Bukan dua seringgit k. hehehehe
Tu pun bukan perniagaan sendiri tapi sebagai pekerja yang makan gaji. Cik punya tokey ni bapak kepada kawan baik Cik. Al-maklumlah pada mulanya Cik ni saja je datang singgah-singgah kat gerai pau yang terletak di tepi jalan ni. #suka makan paulah katakan(tu yang gebu plus plus tu) Lama-kelamaan Cik pula yang berminat nak menjualnya.
Masa tu pun Cik baru balik dari PLKN dan tempat kerja asal Cik dekat Kolam Ikan Sungai Rambai pun tengah dijalankan pembaikpulih kawasan dan pembersihan kolam. So, Cik pun dapat cuti dua bulan penuh tanpa notis 
#tak memasal! bukan aku kerja ofis pun.

bla... bla... bla... Cik pun berhenti dari tempat kerja asal dan menjalankan hidup dengan menjual pau ditepi jalan.
Nak dijadikan citer hampir dua tahun juga Cik membantu menjual pau ni. Walau pun kerja menjual pau Cik hanya makan masa selama 3jam lebih tapi tetap Cik berpuas hati dengan gaji yang Cik perolehi walaupun tak sebanyak yang Cik dapat di tempat lama Cik bekerja. Beberapa bulan selepas tu Cik ambil keputusan untuk sambung belajar ke Tingkatan 6. Namun Cik masih teruskan kerjaya Cik menjual pau ni untuk dapatkan wang saku harian Cik walaupun Cik terpaksa bahagikan masa belajar Cik.
Bagi Cik keseronokkan menjual pau adalah berbeza dari pekerjaan Cik yang lain. Disebabkan sikap Cik yang suka menegur orang tak tentu hala maka senanglah bagi Cik untuk menjalankan perniagaan. Biasalah bila dah menjual di tepi jalan tentunya banyak kenderaan yang lalu lalang dan ramailah juga pengunjungnya. So, banyaklah karenah para pembelinya. Akhirnya ramai juga yang terlihat Cik ni. 

Bila dah meniaga kecil-kecilan macam ni mestilah ada suka duka dan saat-saat yang sangat kelakar bagi Cik yang keluar dari mulut customer ni. 
Tapi yang paling Cik alergik nak dengar dari customer Cik ni ialah bila diorang 
samakan Cik dengan PAU.
Ayatnya gini. "Gebu-gebu yerk pau ni, sama macam orang yang jual pau ni." huyo0! Bila Cik dengar diorang kata gitu geli-geliman Cik dengar lagi-lagi dari kaum adam ni. Nampak beno gatalnya. Kadang-kadang tu bangga juga. Mana tak nyerrr. Pau tu gebu meletup plus plus gitu! tentulah bangga you all #gedik makyong.
Actually, kalau petang Cik ada kelas petang terpaksalah anak tokey Cik merangkap kawan baik Cik ni gantikan tempat Cik. Kadang-kadang Cik jual berdua termasuklah share gaji kalau tidak terpaksalah Cik tercongok sorang-sorang kat stall pau tu. Tapi semenjak mak abah Cik gilir-gilir masuk hospital dulu terpaksalah Cik teruskan perkerjaan Cik sebagai penjual pau semata-mata nak kurangkan beban abang Cik yang terpaksa tanggung kami adik-beradik. Jadi lepas saja kelas tamat Cik akan pulang dan bersiap-siap nak menjual pau disertakan buku-buku pelajaran Cik pun Cik angkut. 

Pernah sekali Cik cuti.Cik pun keluar dengan kawan Cik. Tiba-tiba kawan Cik tu suarakan satu soalan yang asalnya dari kakak dia. Kakak dia tanya Cik tak malu ke jual pau tepi jalan macam tu. Cik pun jadi blur plus plus. Selama Cik meniaga  kat tepi jalan ni tak pernah pulak orang tanya Cik macam tu tapi Cik senyum je.
Bila Cik fikir balik, Cik akan tanya diri Cik samada Cik ni malu ataupun tidak? tak ada jawapan malah Cik rasa Cik suka. Sebenarnya Cik bangga bila jual pau sebab pau ni ada nostalgia tersendiri bagi Cik. Nak tahu apa?
Dulu masa mak abah Cik muda-muda dulu ABAH  Cik usha mak mertua dia dengan kuih pau. Nenek Cik ni minat kuih pau. So, nak jaga hati mak mertua punya pasal hari -hari dok hantar kuih pau. Yelah... nak keluar dating susah, tu sebab guna taktik terbaik punya!!! Maka nak dijadikan cerita nenek Cik kata "Dulu bapak kau hari-hari dok hantar pau semata-mata nak jumpa mak kau, sekarang anak dia pulak jual pau. Bagus sangatlah tu." hahahaha. Tapi sekarang Cik dah tak menjual lagi dan dah ada yang ambil alih tempat Cik. Anak tokey pau pun dah sambung belajar di utara sana.

Tapi walaupun Cik dah tak berniaga, bagi sesiapa yang berminat nak membeli pau bolehlah buat urus niaga dengan Cik Hanya KLIK dekat MY FACEBOOK PAGE kat atas blog ni. Tapi bagi area-area MUAR jelah yerkkk.
Harga berpatutan masih bawah dari RM2. 
DAGING : RM1.40
AYAM : RM1.40
KAYA : 70SEN
KELAPA : 70SEN
KACANG : 70SEN
Nak rasa sedap tak sedap cubalah dulu. ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...