Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera!

Kenapa Masih Perlu Menyambut Hari Kekasih

Ada apa dengan 14 Februari?...
Semestinya semua pasangan kekasih yang rakus bercinta tidak sabar menanti saat ini pada setiap tahunkan?
Sudah semestinya...(gedik lew tu?)
Tujuan utama ianya diraikan adalah untuk membuktikan kasih sayang mereka bagi meraikan pasangan mereka dengan sebarang ucapan, coklat, bunga dan sebagainya. Kemuncaknya perayaan ini berakhir dengan perlunasan nafsu yang kegersangan selama ini.

Namun sedarkah kalian bahawa sambutan perayaan hari Kekasih (Valentine) adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam . Aqidah pula merupakan teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam tetapi masih lagi wujud segelintir umat Islam yang mahu meraikannya bagi mendapatkan keseronokkan bersama pasangan mereka terutama sekali kepada golongan muda mudi. 
Perlukah mereka meraikannya sedangkan amalan ini bercanggah dengan Islam sama sekali. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Perayaan ini juga mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat
adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Sedarlah anak-anak muda yang beragama Islam sambutan perayaan hari Valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam. Elemen ini adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan Valentine bagi seluruh umat Islam.  Dasar ini adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.  Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah.  Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.  Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.  Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".  

Justeru itu kepada semua umat Islam tidak perlulah anda menggedikkan diri untuk meraikan Hari Kekasih ini.
Dan jimatlah segala wang ringgit kalian yerrr... 
So, nO sex, nO sin and nO sOn 
Selamat membaca! nenO-nenO... ^_^

2 comments:

ecadwinkyasha said...

sepatutnya bila kita nak meraikan kekasih kita,raikanlah dengan ijab dan kabul,itu lebih mulia ^-^

eca singgah sini sambil klik nuff :)

ecah_amicable said...

betul tu... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...